1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan
latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang
anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar
yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai
matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat,
saya jadi semakin cekap.
3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan
disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat
menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri
untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab
soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa
kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar
masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang
merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji
dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin
kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan
sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi,
menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira.
Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan
semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda.
Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik.
Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula
menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya
selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang
matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai
matematik.
Semoga dapat membantu murid....
ReplyDelete