1.       Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
2.       Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan 
latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang
 anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar
 yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai
 matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, 
saya jadi semakin cekap.
3.       Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan
 disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat 
menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri 
untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab 
soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa 
kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar 
masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
4.       Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang
 merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji 
dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin 
kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan 
sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, 
menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. 
Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan 
semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. 
Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
5.       Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. 
Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula 
menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya 
selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang 
matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai 
matematik.
Singgah ke laman matematik
Tuesday, 11 December 2012
Monday, 10 December 2012
Tips Upsr
Rabu, 26 Ogos 2009
Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1 dan 2
Oleh Roslan Rasip dan Ismail Mokhtar
GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.
Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.
KERTAS 1
Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.
Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.
Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.
Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu.
Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.
Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.
Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.
Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.
Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.
Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan.
Contoh;
Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to hos neighbours. He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left?
Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya. Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?
A 5 B 20 C 80 D 240
Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.
Tiga maklumat utama, iaitu;
(i) Pak Abu ada 400 durian
(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.
Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left). Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal. Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:
1 
--- x 400 = 80 
5 
Seterusnya
 cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah 
kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:
 
3 
--- x ( 400 - 80 ) = 240 
4 
Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu: 
400 - 80 - 240 
= 80 
Pada
 peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon 
menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi 
langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti 
durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu; 
80 
----- x 100% = 20% 
400 
Jawapan: B (20) 
Kesilapan
 yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada 
langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan
 jumlah asal durian Pak Abu, iaitu: 
3 
--- x 400 = 300 
4 
Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu: 
400 - 80 - 300 
= 20 
Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu: 
20 
----- x 100% = 5% 
400 
Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah: 
a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri. 
b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan. 
c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat. 
d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan. 
e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula. 
f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan. 
g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan. 
KERTAS 2 
Sebahagian
 besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada 
dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi
 kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik. 
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan. 
Ramai
 calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian 
masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam 
soalan ke bentuk ayat matematik. 
Contoh: 
50
 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji 
lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat? 
Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut: 
50 ÷ 2 - 10 = 
Langkah menjawab: 25 25 - 10 = 15 
------- 
2 ) 50 
- 4 
---- 
10 
- 10 
--- 
Jawapan yang diberikan adalah SALAH. 
Langkah yang betul adalah seperti berikut: 
( 50 - 10 ) ÷ 2 = 
50 - 10 = 40 40 
---- = 20 
2 
Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20 
Jawapan: 20 
Bagi
 soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep 
pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum 
memperoleh jawapan. 
Sebagai contoh: 
Convert 109% to a mixed number. 
Calon kerap memilih 109% adalah 
109 9 
----- = 1 --- (jawapan adalah salah) 
100 10 
Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:
9 
109% = 1 ----- 
100 
Sejumlah
 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk 
subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan
 jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 
soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan). 
Kesilapan
 sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan 
langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan 
contoh soalan berikut: 
State the digit value of 6 in the number 0.67 million. 
Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta. 
Jawapan calon: 
60 atau Enam puluh / Sixty or 60 
Jawapan
 diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan 
mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) 
melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu: 
0.67 million = 0 670 000 
600 000 
Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction) 
6 
---- million 
10 
Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan. 
Soalan
 dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan 
ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini 
memudahkan calon memahami kehendak soalan. 
Bagi
 soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. 
Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam 
pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan 
seterusnya menjadi salah. 
Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah. 
Kesilapan
 kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat 
terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, 
sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.
Sumber : Berita Harian (26 Ogos 2009)
Sunday, 9 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
Kawan-kawan
Assalamualaikum rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang melawati blog saya, silalah berikan sebarang komen untuk penambahbaikan. Terima Kasih.
Wednesday, 28 November 2012
Definisi Matematik
Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang  dan perubahan. Ahli matematik mencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan  deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik[3].
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan  manusia. Ahli matematik Benjamin  Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang  sewajarnya"[4]. Albert Einstein
  sebaliknya menyatakan "selagi  hukum matematik itu merujuk kepada  
realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia  pasti, ia tidak merujuk  
kepada realiti"[5].
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian  sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek  fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak  kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi  mula wujud dalam Matematik  Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen.
  Matematik kemudiannya terus  berkembang, contohnya di China pada kurun
  ke-3 sebelum masihi, di India pada  kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga  kemunculan Zaman  Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan penemuan  saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam  penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai  bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan,
  satu cabang matematik yang  mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam 
 bidang lain, memberi inspirasi dan  memanfaatkan penemuan matematik 
yang  baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada  pembangunan disiplin 
 matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat  dalam matematik  tulen,
  satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa   
aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal  
untuk apa  yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui[7]
Matematik
“Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat
berfikir menjadi jalan penyelesaian bagi setiap 
soalan atau pemasalahan. Mereka perlu kreatif dan kritis.”
 
-Pakar matematik bertaraf dunia-  
Monday, 26 November 2012
Sifir (SPG)
Sifir pelbagai guna (SPG) dapat membantu murid-murid
menguasai sifir dengan lebih baik. Sifir ini juga dapat membantu murid dalam
memahami pecahan setara dan pecahan dalam bentuk termudah dengan lebih cepat
dan mudah.
| 
1 | 
2 | 
3 | 
4 | 
5 | 
6 | 
7 | 
8 | 
9 | 
| 
2 | 
4 | 
6 | 
8 | 
10 | 
12 | 
14 | 
16 | 
18 | 
| 
3 | 
6 | 
9 | 
12 | 
15 | 
18 | 
21 | 
24 | 
27 | 
| 
4 | 
8 | 
12 | 
16 | 
20 | 
24 | 
28 | 
32 | 
36 | 
| 
5 | 
10 | 
15 | 
20 | 
25 | 
30 | 
35 | 
40 | 
45 | 
| 
6 | 
12 | 
18 | 
24 | 
30 | 
36 | 
42 | 
48 | 
54 | 
| 
7 | 
14 | 
21 | 
28 | 
35 | 
42 | 
49 | 
56 | 
63 | 
| 
8 | 
16 | 
24 | 
32 | 
40 | 
48 | 
56 | 
64 | 
72 | 
| 
9 | 
18 | 
27 | 
36 | 
45 | 
54 | 
63 | 
72 | 
81 | 
Mari kita
lihat contoh di bawah ini.....
☻
untuk mencari nilai setara bagi 1/2 maka kita boleh berpandukan sifir pelbagai
guna ini....mudahkan..
| 
1 | 
2 | 
3 | 
4 | 
5 | 
6 | 
7 | 
8 | 
9 | 
| 
2 | 
4 | 
6 | 
8 | 
10 | 
12 | 
14 | 
16 | 
18 | 
| 
3 | 
6 | 
9 | 
12 | 
15 | 
18 | 
21 | 
24 | 
27 | 
| 
4 | 
8 | 
12 | 
16 | 
20 | 
24 | 
28 | 
32 | 
36 | 
| 
5 | 
10 | 
15 | 
20 | 
25 | 
30 | 
35 | 
40 | 
45 | 
| 
6 | 
12 | 
18 | 
24 | 
30 | 
36 | 
42 | 
48 | 
54 | 
| 
7 | 
14 | 
21 | 
28 | 
35 | 
42 | 
49 | 
56 | 
63 | 
| 
8 | 
16 | 
24 | 
32 | 
40 | 
48 | 
56 | 
64 | 
72 | 
| 
9 | 
18 | 
27 | 
36 | 
45 | 
54 | 
63 | 
72 | 
81 | 
contohnya
nilai setara bagi 3/5....kita hanya perlu lihat sifir 3 dan sifir 5
| 
1 | 
2 | 
3 | 
4 | 
5 | 
6 | 
7 | 
8 | 
9 | 
| 
2 | 
4 | 
6 | 
8 | 
10 | 
12 | 
14 | 
16 | 
18 | 
| 
3 | 
6 | 
9 | 
12 | 
15 | 
18 | 
21 | 
24 | 
27 | 
| 
4 | 
8 | 
12 | 
16 | 
20 | 
24 | 
28 | 
32 | 
36 | 
| 
5 | 
10 | 
15 | 
20 | 
25 | 
30 | 
35 | 
40 | 
45 | 
| 
6 | 
12 | 
18 | 
24 | 
30 | 
36 | 
42 | 
48 | 
54 | 
| 
7 | 
14 | 
21 | 
28 | 
35 | 
42 | 
49 | 
56 | 
63 | 
| 
8 | 
16 | 
24 | 
32 | 
40 | 
48 | 
56 | 
64 | 
72 | 
| 
9 | 
18 | 
27 | 
36 | 
45 | 
54 | 
63 | 
72 | 
81 | 
Subscribe to:
Comments (Atom)
